Kosa Kata Gramatis


Kosa Kata Gramatis 1
1.  anani :  hanya mementingkan diri sendiri
v  Jika kita bersekolah di sekolah berasrama, sikap anani perlulah dijauhi untuk kebahagiaan bersama.

2.  bintat : bengkak kecil pada kulit (biasanya akibat gigitan serangga)
v  Kakinya bintat kerana digigit pacat ketika bermain di semak.

3.  Cengil : keras dan pedas (berkenaan percakapan), garang
v  Guru besar di sekolah saya merupakan seorang yang cengil.

4.  Dampit : degil, keras kepala
v  Kita tidak akan mendapat restu ibu bapa jika kita menjadi seorang yang dampit.

5.  Ekstradisi : penyerahan seseorang penjenayah kepada negara tempat jenayah dilakukan untuk dibicarakan.
v  Hampir semua negara bersetuju dengan penguatkuasaan ekstradisi di negara mereka.

6.  gasar :  ganas dan kasar
v  Amir dianggap samseng kerana sikapnya yang gasar.


Kosa Kata Gramatis 2
1.  kentara   jelas kelihatan
v  Bintang-bintang di langit menjadi kentara jika dilihat dari puncak bukit itu.

1.  lancip  tirus ke hujung, runcing
v  Anak panah itu bergerak laju kerana bentuknya yang lancip.

2.  majal     tidak tajam (pisau, pedang dll), benak (fikiran, akal).
v  Pisau itu sangat majal dan tidak sesuai digunakan untuk melapah daging.

3.  nyelap  tidak sedarkan diri
v  Idlan nyelap beberapa kali pada petang semalam kerana keracunan makanan.

4.  ompong  oleh-oleh, buah tangan
v  Mak menyuruh kami membeli ompong utnuk dibawa ketika melawat nenek yang sakit.

6.  palen   barang-barang kelontong, barang yang diguna hari-hari.  (spt selipar, sabun mandi dll)
v  Saya menyemak semua palen yang ingin dibawa ke perkhemahan itu.

Kosa Kata Gramatis 3 
1.  rantam  bersama-sama membuat sesuatu pekerjaan
·    Apabila kita rantam, kita dapat menyiapkan kerja dengan lebih cepat.

2. sagur     perahu yang diperbuat daripada batang kayu
·    Kami sempat bergambar dengan sagur ketika melawat muzium itu.

3. takzim    amat hormat, penuh hormat dan sopan
·    Seorang pengacara majlis yang hebat mampu mengendalikan majli dengan takzim.

4. tetua      bintik-bintik hitam pada kulit pipi, jagat
·    Fauzan berasa rimas dengan tetua yang muncul di mukanya.

5. ungkal   tidak mahu menurut, degil
·    Murid-murid yang ungkal dengan peraturan sekolah telah didenda oleh guru disiplin.

6. vila        rumah yang besar dan mewah yang terletak di luar kota
·    Kami singgah di vila datuk yang terletak di kaki bukit itu.

Comments

Popular posts from this blog

Kosa Kata yang Boleh Digunakan Dalam Karangan

LATIHAN PENGUKUHAN PERIBAHASA

Latihan Tatabahasa