Kosa Kata yang Boleh Digunakan Dalam Karangan
1 POLEMIK
Contoh ayat : Sejak
kebelakangan ini, kes buli telah menjadi polemik di sekolah-sekolah asrama.
2 MARHAEN
Contoh ayat : Penindasan terhadap
golongan marhaen yang dilakukan oleh golongan bangsawan pada zaman dahulu perlu
dihapuskan agar ianya tidak berulang lagi.
3 KULAWARGA
Contoh
ayat : Kulawarga yang bertoleransi antara satu sama lain akan hidup bahagia
4 DASAWARSA
Contoh ayat : Dasawarsa ini, kes
pembunuhsn telah meningkat terutamanya di kawasan lorong-lorong gelap.
5 IKHTISAR
Contoh ayat : Pelajar yang mampu
memberi ikhtisar yang mantap semasa belajar di dalam kelas merupakan seorang
pelajar yang hebat.
6 AMSAL/TAMSIL
Contoh ayat : Dalam banyak
peristiwa yang berlaku di sekolah ini, terdapat peristiwa-peristiwa yang tidak
boleh dilupakan amsalnya majlis persaraan guru besar dan majlis hari raya.
7 WASILAH
Contoh ayat : Wasilah antara guru
dengan pelajar adalah antara wasilah yang terkuat selepas wasilah dengan ibu
bapa.
8 NIRMALA
Contoh ayat : Pada hari yng nirmala
ini, saya ingin menyampaikan sajak bertajuk, Kebersihan separuh dari iman.
9 SAKINAH
Contoh ayat : Sakinah yang
berpanjangan akan dapat dikecapi jika kita berpegang dengan agama-Nya
10 SINERGI
Contoh
ayat : Sinergi antara guru dan pelajar amat penting bagi melancarkan proses
pdp.
11 USLUB/MINHAJ/MANHAJ
Contoh ayat : Menelaah subjek
sebelum diajar guru merupakan antara manhaj berkesan untuk mencapai kejayaan
12 PRAKARSA
Contoh
ayat : Prakarsa utama dalam mebanteras buli ialah pelajar perlu bersikap jujur.
13 AFORISME
Contoh ayat : Aforisme bagai ular dicurahkan cuka sesuai untuk sikap kelam-kabut Zahir itu
14 SIRNA
Contoh ayat : Rasa hormat dalam diri pelajar sekarang
semakin sirna.
15 JAGATRAYA
Contoh ayat : Seluruh jagatraya kecoh membincangkan bencana yang melanda Indonesia baru-baru ini.
16 SEANTERO
Contoh ayat : Perlawanan akhir piala dunia itu ditonton
hampir seantero dunia.
17 OBLIGASI
Contoh ayat : Sudah menjadi obligasi setiap sekolah untuk melahirkan insan yang berjaya
18 MAYAPADA/MARCAPADA
Contoh ayat : Mayapada, isu lumba haram kerap disiarkan
dalam berita.
19 MAPAN
Contoh ayat : Kehadiran warga asing telah menjadi mapan
dalam kalangan rakyat Malaysia.
20 SEYOGIA
Contoh
ayat : Seyogia golongan remaja tidak terlibat
dengan perkara negatif yang akan mencalarkan imej negara.
21 SEMENTELAHAN
Contoh ayat : Sikap tidak ambil peduli merupakan
punca hubungan kejiranan semakin renggang sementelahan kesibukan bekerja
menyebabkan komunikasi antara jiran semakin terbatas
22 MAUDUK
Contoh ayat : Mauduk sajak yang akan saya sampaikan ialah, Cara-cara mencapai kejayaan.
23 PADAU
Contoh ayat : Sebelum padau perbincangan saya korek
lebih dalam, molek kiranya saya mulakan dengan pendefinisian tajuk terlebih
dahulu
24 TEGAR
Contoh ayat : Pihak Kementerian Kesihatan gusar
kerana ramai remaja kini menjadi penghisap vape tegar.
25 KONGKALIKUNG
Contoh ayat : Beberapa orang pelajar SMK Labu berkongkalikung ponteng
sekolah di kafe siber.
26 MENYISIR
Contoh ayat : Sebelum saya menyisir usul perbahasan dengan lebih dalam, izikan saya mendefinisikan terlebih dahulu frasa demi frasa.
27 MAHMUDAH
Contoh ayat : Sifat mahmudah jika diamalkan dalam kehidupan akan merubah personaliti anak agar menjadi anak cemerlang dan terbilang
28 GEMULAH
Contoh ayat : Sewajarnya kita mencontohi sifat gemulah terdahulu yang sanggup mempertahankan warisan bangsa agar dapat dinikmati oleh
anak cucu.
29 CERITERA
Contoh ayat : Sebagai pelajar pintar, kita sepatutnya tidak terpengaruh dengan ceritera palsu yang berlegar-legar dalam media massa.
30 INTI PATI
Contoh ayat : Perlembagaan Negeri Malaysia merupakan inti pati yang perlu dihormati oleh seluruh warga Malaysia
31 BERIJTIHAD
Contoh ayat : Remaja mesti mengkaji sesuatu isu agar mampu berijtihad apabila ditanyakan tentang
sesuatu isu oleh orang luar.
32 MENGHADAP
Contoh ayat : Semua orang
perlu menghadap sesuatu perkara dengan cara yang betul dan rasional
33 BELASUNGKAWA
Contoh ayat : Semua yang hadir
pada majlsi tahlil itu mengucapkan belasungkawa kepada keluarga Abu atas
kematian datuk mereka
34 KENDATIPUN
Contoh ayat : Kendatipun pendapatan
kita sekarang berlimpah- ruah, kita seharusnya beringat untuk menyimpan
sebahagian daripadanya sebagai tabungan.
35 SIGNIFIKAN
Contoh ayat : Langkah-langkah signifikan perlu dilakukan untuk membasmi buli dalam kalangan pelajar sekolah.
36 TERAMPIL
Contoh ayat : Sifat terampil merupakan ciri wajib yang perlu
ada pada seorang pelajar yang berwawasan.
37 PROGNOSIS
Contoh ayat : Prognosis yang tepat dalam menilai
keperibadian rakan sebaya perlu ada dalam memilih rakan sebaya.
38 PROKLAMIR
Contoh ayat : Kerajaan Negeri Kelantan telah memproklamir Kota
Bharu sebagai Pusat Bandar Kelantan.
39 TRAGEDI
Contoh ayat : Menjadi suatu tragedi apabila mengenangkan mereka yang kehilangan ahli keluarga selepas bencana itu berlaku.
40 KULAWARGA
Contoh ayat : Kulawarga dewan sekalian, tajuk syarahan saya pada hari ini ialah, Peranan Anak Muda dalam Menyemarakkan Semangat Kejiranan.
41 JALUR
LEBAR
Contoh ayat : Kemudahan jalur lebar di kawasan pedalaman yang
disediakan oleh kerajaan dapat memudahkan seharian penduduk di sana.
42 NIHILISME
Contoh ayat : Remaja yang mengamalkan nihilisme dalam
kehidupan mereka tidak mempunyai akhlak yang baik.
43 MOBILITI
Contoh ayat : Murid yang baik akhlaknya dan berilmu
pengetahuan akan bermobiliti kearah kecemerlangan
44 HEDONISME
Contoh ayat : Remaja perlu dikawal agar tidak mengamalkan
budaya hedonisme dalam kehidupan mereka.
45 FRANCAIS
Contoh ayat : Syarikat industri oleh mengaplikasikan konsep francais
untuk mempopularkan produk dan perkhidmatan mereka kepada masyarakat.
46 SAF
Contoh ayat : Remaja perlu menyusun saf agar dapat bergerak
seiring menangani gejala dadah yang semakin mencengkam pada hari ini.
47 PARADIGMA
Contoh ayat : Kita perlu melakukan anjakan paradigma untuk
merubah pengaruh negatif yang membelenggu golongan muda negara ini.
48 KODIFIKASI
Contoh ayat : Pelajar yang
berpengetahuan tinggi mampu melakukan kodifikasi apabila membaca bahan bacaan yang
berasal daripada pelbagai sumber.
49 ENTENG
Contoh ayat : Sikap masyarakat yang memandang enteng gejala
ponteng sekolah menyebabkan golongan remaja mempunyai akhlak yang sangat teruk.
50 CAKNA
Contoh ayat : Ibu bapa perlu cakna akan setiap tingkah laku
yang dilakukan oleh anak-anak mereka.
51 TUNTAS
Contoh ayat : Tuntasnya,
idea beliau untuk mencegah gejala ponteng sekolah hanya mampu bertahan
buat seketika.
52 IZHAR
Contoh ayat : Izharnya, golongan orang kurang upaya turut
membantu perkembangan ekonomi negara Malaysia.
53 AFDAL
Contoh ayat : Perkara yang afdal bagi menggalakkan anak-anak
bersukan adalah dengan ibu bapa yang turut serta bersukan dengan merreka.
54 JERAYAWARA
Contoh ayat : Jerayawara secara berterusan perlu dilakukan
agar anak remaja sekarang dapat membaiki akhlak mereka
55 REKAYASA
Contoh ayat : Guru yang hebat mampu melakukan rekayasa
melalui pelbagai medium dan kaedah pengajaran di dalam kelas.
56 EGOSENTRIK
Contoh ayat : Sikap egosentrik yang ada di dalam diri sesetengah pelajar menyebabkan
kerapnya berlaku kes buli.
57 ADIWANGSA
Contoh ayat : Remaja yang mampu menahan diri dari terjebak
dengan arus masalah sosial akan menjadi adiwangsa yang mengharumkan nama
negara..
58 EGALITARIANISME
Contoh ayat : Konsep 1 Malaysia mampu merealisasikan egalitarianisme dalam
pembudayaan budaya dan bahasa
59 ATMA
Contoh ayat : Sementelahan , generasi muda pada hari ini
mengalami gangguan atma sehingga menyebabkan mereka tidak memikirkan baik buruk
sesuatu perkara.
60 BOBROK
Contoh ayat : Masyarakat yang bobrok akhlaknya akan
merugikan negara.
61 PENGITLAKAN
Contoh ayat : Sebagai pengitlakan, kita seharusnya
berganding bahu memulihara bangunan bersejarah untuk memastikan generasi hari
muka dapat mewarisinya.
62 EFISIEN
Contoh ayat : Langkah yang efisien mampu memperkasakan
pendidikan vokasional di negara ini.
63 GELANDANGAN
Contoh ayat : Amalan
menabung sejak kecil mampu merubah kehidupangelandangan menjadi lebih baik.
64 MUASIR
Contoh ayat : Muasir ini, budaya membaca dalam kalangan
rakyat Malaysia telah meningkat.
65 SIMBIOSIS
Contoh ayat : Sememangnya simbiosis antara kerajaan dengan
rakyat mampu menghasilkan sinergi yang merubah senario masyarakat.
66 PIDANA
Contoh ayat : Para remaja terdorong untuk melakukan pidana kerana
terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya.
67 NINGRAT
Contoh ayat : Remaja seharusnya berusaha menjadi golongan
ningrat yang akan membanggakan nama ibu bapa dan negara.
68 JEMBEL
Contoh ayat : Seharusnya kita membantu orang-orang jembel di
sekitar kawasan kita yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
69 MURBA
Contoh ayat : Sebagai golongan murba, kita seharusnya menyokong
dasar –dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.
70 PROLETAR
Contoh ayat : Kita seharusnya memerangi gejala buli dan samseng
sekolah kerana kita tidak mahu melihat generasi pada masa hadapan menjadi
masyarakat proletar.
Comments
Post a Comment