Latihan Tatabahasa
(a) Tulis satu ayat
bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan
perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas
(I) pulang
= setiap petang,
itik pak mail akan pulang ke rebannya.
(ii) pulangan
= ramai pelabur
yang berputih mata kerana tidak mendapat pulangan pelaburan yang diinginkan.
(iii)
memulangkan
= esok saya akan
memulangkan baju kamu yang saya pinjam minggu lepas.
(iv) mansuh
= bermula tanggal
1 jun 2018, gst secara rasminya telah mansuh.
(v) pemansuhan
= pemansuhan gst
di malaysia telah menggembirakan hati rakyat.
(vi) memansuhkan
= presiden baru kelab
itu telah memansuhkan peraturan tidak adil presiden sebelum ini.
(b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.
1. Kumar
menegur Daniel dan bertanya tentang tempat yang ingin ditujuinya.
2. Daniel
berkata dia tidak ke mana-mana, cuma hendak mengambil angin sebentar.
3. Kumar menyatakan
kekagumannya dan memuji
kehebatan Daniel menjawab semua
soalan fizik sebentar tadi.
4. Daniel menafikannya
dan mengatakan bahawa
perkara tersebut biasa
sahaja baginya.
5. Kumar
bertanyakan rahsia Daniel yang semakin bijak dan memintanya berkongsi rahsia
tersebut.
6. Daniel menyatakan
bahawa dia tidak
mempunyai apa-apa rahsia,
Cuma mengulangkaji pelajaran dan belajar dengan abangnya sahaja.
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pasar raya besar itu meletak papan tanda khas bagi
memudahkan pelangan mereka membeli produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana
(IKS).
Kesalahan ejaan = pelangan - pelanggan
Kesalahan imbuhan = meletak - meletakkan
(ii) Pengalaman luas dalam bidang akaun menjadi batu
loncatan kepada wanita tersebut untuk menerajui syarikat konglomerat yang
tersuhur itu.
Kesalahan ejaan = tersuhur – tersohor
Kesalahan imbuhan = akaun – perakaunan
(iii) Kumpulan jurutera tersebut berlepas ke Jerman
pada minggu lalu untuk mendalamkan kemahiran menggunakan jentera berteknoloji
tinggi dalam industri cari gali minyak.
Kesalahan ejaan = teknoloji - teknologi
Kesalahan imbuhan = mendalamkan – mendalami
(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Kegiatan luar anak-anak perlulah ibu
bapa awasi secara meluas agar mereka tidak terpengaruh dalam masalah sosial.
Kesalahan kata atau istilah
= meluas - menyeluruh
Kesalahan tatabahasa
= ibu bapa awasi – diawasi ibu bapa
(ii) Ilmu tentang kehidupan merupakan
pengalaman yang berguna kepada para remaja untuk merempuh kehidupan di masa
akan datang.
Kesalahan kata atau istilah = merempuh
- menempuh
Kesalahan tatabahasa = di – pada
(iii) Pihak Kementerian Kesihatan sentiasa
mengalu-alukan pemberian darah daripada orang ramai supaya membantu
menyelamatkan nyawa pesakit
Kesalahan kata atau istilah
= pemberian – pendermaan
Kesalahan tatabahasa = supaya - untuk
(e) Isi tempat kosong di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
Sekolah merupakan
institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara.
Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat
dengan murid-murid di samping bekerjasama bagai berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Selain itu, mereka
perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya. Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan
seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam
melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam
akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat.
SET 2
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) cakar
Walaupun tangan adik penuh dengan parut cakar kucing, namun dia tetap sayang akan kucing peliharaannya itu.
(ii) mencakar
Ibu memarahi nani kerana mencakar pipi adiknya semasa dia sedang tidur.
(iii) bercakaran
Dua orang lelaki sedang bercakaran di dalam kedai itu akibat salah faham semasa membeli barang.
(iv) bunyi
Kami terdengar bunyi yang menyeramkan semasa berjalan di hadapan rumah usang itu.
(v) berbunyi
Masalah kipas berbunyi ketika berpusing menyebabkan Hana sukar untuk tidur pada waktu malam.
(vi) sebunyi
Bunyi jam loceng saya sebunyi dengan jam loceng kepunyaan Nonot.
(b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.
Siti bertanya kepada Faiz, “Mengapakah awak tidak menghadiri latihan zapin semalam?” “Kaki saya sakit kerana saya terjatuh di tangga semalam,” kata Faiz kepada Siti. Lantas Siti bertanya kepada Faiz, “Bagaimana awak boleh jatuh tangga?” “Saya tidak perasan ada satu anak tangga lagi sewaktu menuruni tangga rumah datuk saya,” Faiz menjawab pertanyaan Siti. Lalu Siti berkata lagi kepada Faiz, “Faiz, saya fikir lebih baik awak pergi berurut untuk membetulkan urat saraf awak.” “Baiklah, saya akan pergi berurut di kampung sebelah pada petang nanti,” Faiz berkata kepada Siti.
Jawapan :
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Kemahiran berfikir secara kriatif dapat mentakrifkan sebagai keupayaan minda dan pemikiran seseorang untuk meneroka pelbagai ilmu.
kesalahan ejaan :
kriatif- kreatif
kesalahan imbuhan :
mentakrifkan- ditakrifkan
(ii) Usia remaja merupakan antara waktu terbaik untuk pembentukan kemahiran berkomunikasi secara interpersonel.
kesalahan ejaan :
interpersonel- interpersonal
kesalahan imbuhan :
pembentukan- membentuk
(iii) Syarikat tersebut telah menghasil sos cili yang amat sedap dimakan bersama dengan udang goring dan keropok lekor.
kesalahan ejaan :
goring- goreng
kesalahan imbuhan :
menghasil- menghasilkan
(d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda juga tidak perlu menyalin ayat itu semula.SET 2
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) cakar
Walaupun tangan adik penuh dengan parut cakar kucing, namun dia tetap sayang akan kucing peliharaannya itu.
(ii) mencakar
Ibu memarahi nani kerana mencakar pipi adiknya semasa dia sedang tidur.
(iii) bercakaran
Dua orang lelaki sedang bercakaran di dalam kedai itu akibat salah faham semasa membeli barang.
(iv) bunyi
Kami terdengar bunyi yang menyeramkan semasa berjalan di hadapan rumah usang itu.
(v) berbunyi
Masalah kipas berbunyi ketika berpusing menyebabkan Hana sukar untuk tidur pada waktu malam.
(vi) sebunyi
Bunyi jam loceng saya sebunyi dengan jam loceng kepunyaan Nonot.
(b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.
Siti bertanya kepada Faiz, “Mengapakah awak tidak menghadiri latihan zapin semalam?” “Kaki saya sakit kerana saya terjatuh di tangga semalam,” kata Faiz kepada Siti. Lantas Siti bertanya kepada Faiz, “Bagaimana awak boleh jatuh tangga?” “Saya tidak perasan ada satu anak tangga lagi sewaktu menuruni tangga rumah datuk saya,” Faiz menjawab pertanyaan Siti. Lalu Siti berkata lagi kepada Faiz, “Faiz, saya fikir lebih baik awak pergi berurut untuk membetulkan urat saraf awak.” “Baiklah, saya akan pergi berurut di kampung sebelah pada petang nanti,” Faiz berkata kepada Siti.
Jawapan :
Siti menanyakan kepada Faiz sebab dia tidak menghadiri kelas zapin pada hari semalam. Faiz berkata bahawa dia terjatuh di tangga semalam dan kakinya sakit. Kemudian, Siti bertanya kepada Faiz punca dia terjatuh di tangga. Faiz menjawab bahawa dia tidak menyedari terdapat satu anak tangga lagi semasa menuruni tangga rumah datuknya. Siti menyarankan kepada Faiz supaya dia pergi berurut untuk membetulkan urut sarafnya. Faiz bersetuju dan menyatakan bahawa dia akan pergi berurut di kampung sebelah pada waktu petang nanti.
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Kemahiran berfikir secara kriatif dapat mentakrifkan sebagai keupayaan minda dan pemikiran seseorang untuk meneroka pelbagai ilmu.
kesalahan ejaan :
kriatif- kreatif
kesalahan imbuhan :
mentakrifkan- ditakrifkan
(ii) Usia remaja merupakan antara waktu terbaik untuk pembentukan kemahiran berkomunikasi secara interpersonel.
kesalahan ejaan :
interpersonel- interpersonal
kesalahan imbuhan :
pembentukan- membentuk
(iii) Syarikat tersebut telah menghasil sos cili yang amat sedap dimakan bersama dengan udang goring dan keropok lekor.
kesalahan ejaan :
goring- goreng
kesalahan imbuhan :
menghasil- menghasilkan
Penyediaan makanan yang mematuhi standard pemakanan sangat penting sekali bagi mengatasi isu pengguna mengalami kekotoran makanan. Peralatan-peralatan memasak seperti periuk, kuali, pisau dan sudip mestilah berada dalam keadaan bersih. Selain itu, bahan masakan juga haruslah berada dalam keadaan segar, berkuantiti dan bukan melepasi tarikh habis ataupun dalam keadaan yang terdedah dengan kekotoran.
kesalahan Penggunaan kata dan istilah
i)kekotoran-keracunansangat
ii)Peralatan-peralatan- Peralatan
iii)habis- luput
kesalahan tatabahasa
i)penting sekali- sangat penting
iii)bukan- tidak
ii)berkuantiti- berkualiti
iii)bukan- tidak
(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang bersesuaian dalam petikan tersebut.
Kes salah laku pelajar di sekolah hendaklah disiasat dengan teliti supaya mereka tidak menjatuhkan hukuman kepada pelajar yang tidak bersalah. Walaupun pelajar yang melakukan kesalahan-kesalahan itu bijak mengelakkan diri, namun guru pasti dapat membongkar kegiatan mereka suatu hari nanti. Pelajar yang menimbulkan masalah ini sepatutnya memikirkan baik dan buruknya perbuatan mereka agar tidak menyesal pada hari kemudian.
1. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua
2. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna
3. Orang lain makan nangka, orang lain yang terkena getahnya
2. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna
3. Orang lain makan nangka, orang lain yang terkena getahnya
Comments
Post a Comment