LATIHAN PENGUKUHAN PERIBAHASA


Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

Latihan 1:

1. bagaikan kera mendapat bunga
Maksud: Seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
Contoh ayat: Perempuan itu bagaikan kera mendapat bunga kerana tidak pernah menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada orang yang pernah menolongnya.

2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
Maksud: Disebabkan kesalahan yang dilakukan oleh seseorang, satu keluarga atau kumpulan terpaksa menanggung malu
Contoh ayat: disebabkan kesalahan yang dilakukan oleh Ali, semua ahli kumpulannya terpaksa menanggung beban dan dipotong markah.

3. burung terbang dipipiskan lada
Maksud: mengharapkan sesuatu yg belum dipastikan kesahihannya
Contoh ayat: Zack seperti burung terbang dipipiskan lada kerana menunggu tawaran dari universiti terkemuka itu

4. menegakkan benang yang basah
Maksud: mempertahankan sesuatu perkara yang salah
Contoh ayat: Abu dipaksa untuk menegakkan benang yang basah oleh senior-seniornya bagi menutup kesalahan mereka

5. bagaikan telur dihujung tanduk
Maksud: berada dalam keadaan genting atau terdesak
Contoh ayat: Zikry bagaikan telur dihujung tanduk apabila komputer ribanya tiba-tiba hilang

 6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
Maksud: orang yang mempunyai banyak ilmu tetapi merendah diri tidak akan hilang ilmunya
Contoh ayat: Walaupun dia seorang yang pandai, tetapi dia sentiasa merendah diri dan suka membantu orang lain seperti ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya

7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
Maksud: mendapat sesuatu keuntungan secara tiba-tiba
Contoh ayat: Cheong bagaikan tikus jatuh di kepuk setelah nombor ekor yang dibelinya mengena

8. matinya semut kerana gula
Maksud: kesusahan yang didapati apabila tamak
Contoh ayat: Oleh kerana tamak akan harta, perompak tersebut berjaya diperangkap pihak polis kerana matinya semut kerana gula.

9. air dicincang tidak akan putus
Maksud:  pergaduhan di antara adik – adik tidak akan berpanjangan dan akan baik semula
Contoh ayat:  Walaupun anak- anak Karim selalu berbalah antara satu sama lain tapi ianya tidak akan berpanjangan  kerana air dicincang tidak akan putus.

10. bagaikan embun di hujung rumput
Maksud: kasih sayang yang tidak berkekalan lama
Contoh ayat: Kisah cinta monyet pelajar sekolah kini hanyalah bagaikan embun di hujung rumput.




Latihan 2

1. seperti mendukung biawak hidup
Maksud : melakukan pekerjaan yang sukar dan berbahaya
Contoh ayat : Ahmad seperti mendukung biawak hidup apabila melibatkan diri dalam ekspedisi ke gaung dalam itu.

2. sudah jatuh ditimpa tangga
Maksud : menerima nasib malang yang banyak dalam satu masa
Contoh ayat: Hidup Yaya bagai sudah jatuh ditimpa tangga kerana setelah begnya diragut, rumah dia pula dirompak.

3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
Maksud: mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri
Ontoh ayat : Sikap jutawan itu bagai kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan kerana sibuk membiayai pelajar- pelajar cemerlang namun anaknya disuruh mencari wang sendiri.

4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak
Maksud: dalam keadaan serba salah
Contoh ayat: Ayop tidak tahu untuk menggunakan duitnya untuk membeli buku rujukan atau membantu rakannya yang dalam kesusahan kerana ditelan mati emak, dibuang mati bapak.

5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
maksud: berbuat baik atas sebab tersembunyi
ayat: Dia hanya berkelakuan alim di hadapan perempuan itu untuk memikatnya kerana kalau tidak berada- ada, masakan tempua besarang rendah.

6.  bagaikan anjing dengan bayang-bayang
Maksud: orang yang tamak selalu rugi
Contoh ayat : “Kita hidup ini janganlah bersikap tamak bagaikan anjing dengan bayang- bayang,” pesan ibu kepada adik.

7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
Maksud: tahu keadaan sebenar walaupun melihat luaran sahaja
Contpoh ayat : Melihat raut wajah Hassan, sudah tahu dia sedang bersedih kerana sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina.

8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
Maksud : berusaha bersungguh- sungguh sehingga berjaya
Contoh ayat : Oleh kerana kerajinan Faiz dalam berlatih, dia berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan taekwondo umpama genggam bara api biar sampai menjadi arang.

9.  bagai mencurah air ke daun keladi
Maksud: melakukan perbuatan yang sia- sia
Contoh ayat : Iskandar bagai mencurah air ke daun keladi apabila menegur adiknya yang degil.

10.  kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
Maksud: kesalahan orang lain yang sedikit kita nampak, namun kesalahan sendiri yang banyak tidak disedari
Contoh ayat: Janganlah asyik mencari kesalahan orang lain kerana kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.




Latihan 3

1.  Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
Maksud: di mana ada punca rezeki, di situlah ramai orang
Ayat : Di tempat menjual nombor ekor itu ramai orang berkumpul bagaikan lalat mengharung najis.

2.  Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : tumbuh dengan pesat
Ayat : Pembangunan teknologi yang pesat di Kota Harian seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
maksud : usaha gigih yang sedikit tetapi berterusan membuahkan hasil.
Ayat : Husssin tidak jemu mengulangkaji pelajaran walaupun satu jam sehari menyebabkan dia berjaya dalam peperiksaan kerana sehari sehelai benang, lama – lama menjadi kain.

4.  seperti pelanduk dua serupa
maksud: mempunyai wajah yang sama
ayat : Saya menegur Hakim menyangkakan dia Kimo rupanya tidak kerana mereka seperti pelanduk dua serupa.

5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
maksud: mendidik anak biarlah sejak kecil
Ayat : Amalan menabung hendaklah dididik dari kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

6.   seperti ular kena palu
maksud : barisan yang bengkang bengkok
ayat : Pengawas tersebut sedang membetulkan barisan pelajar yang seperti ular kena palu.

7.   mati semut kerana gula
maksud : mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda
ayat : Oleh kerana tamak akan harta, perompak tersebut berjaya diperangkap pihak polis kerana matinya semut kerana gula.


8. bagai mendapat durian runtuh
maksud : mendapat keuntungan secara tiba -tiba
ayat : Adam bagai mendapat durian runtuh apabila memenangi hadiah yang bernilai ratusan ringgit itu melalui cabutan bertuah

9.  umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
maksud: dua orang yang rapat tetapi mempunyai minat lain- lain
ayat : Walaupun Ashraf dan Azizul rapat tetapi mereka belajar dua jurusan berlainan di Universiti umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain- lain.

10.  mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
maksud: mendengar sesuatu yang belum pasti ,apa yang ada dibuang/ditinggalkan
ayat: Apabila Chin Kai mendengar berita bahawa dia mendapat kerja baru , dia  terus berhenti daripada kerja lamanya seperti mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan.



Latihan 4:
Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.

1.  Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.
-seperti menanam tebu di tepi bibir

2.   Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala.
-carik – carik bulu ayam lama- lama bercantum juga

3.  Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik Izkram masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.
- bagai itik pulang petang

4.  Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya En. Mohd. Ramsul seorang guru yang baik hati ,lemah lembut, dan penyayang.
-

5.   Walaupun keluarga Encik Mohd. Salam cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.
-   Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tak dapat ditutup

6.  Hanya Husaini sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.
- kerana nila setitik rosak susu sebelanga

7. Walaupun asalnya Saidiyah seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.  
- belakang parang kalau diasah lagikan tajam

8.  Farislullah seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Daerah Perak Tengah.
-Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga.

9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Faleh pulang dan menetap semula di
kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.
- bagai ikan pulang ke lubuk

10. Perbuatan Syaidiyah menasihati kekasihnya yang bernama Farislullah supaya berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh kekaksihnya itu.
- bagai mencurahkan air ke daun keladi 


Comments

Popular posts from this blog

Kosa Kata yang Boleh Digunakan Dalam Karangan

Latihan Tatabahasa