Laporan Program International Future Scientist Conference (iFSC) 2018
Laporan
Program International Future Scientist Conference (iFSC) 2018
Pada 24
Julai hingga 26 Julai 2018, Pusat PERMATApintar Negara telah menganjurkan
International Future Scientist Conference (iFSC). Program ini telah disertai
oleh pelajar-pelajar dari Kolej PERMATApintar Negara terutamanya pelajar Tahap
2, pelajar dari luar negara iaitu dari Shibata High School dan beberapa lagi
pelajar dari sekolah luar seperti Sekolah Berasrama Penuh serta Maktab Rendah
Sains Mara (MRSM).
Objektif program ini ialah untuk
memupuk sifat ingin tahu dan memberi pengalaman membuat penyelidikan untuk para
pelajar dalam bidang yang mereka minati. Program ini juga ialah sebuah platform
untuk menonjolkan bakat para pelajar dalam bidang yang mereka gemari supaya
mereka boleh menambah pengetahuan mereka dalam bidang tersebut.
Pada 24 Julai kesemua 32
pasukan, hadir ke Auditorium Pusat PERMATApintar Negara untuk majlis pembukaan
iFSC. Majlis pembukaan didahului dengan bacaan doa dan nyanian lagu Negaraku
dan lagu UKM iaitu Varsiti Kita. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ucapan
pembukaan dari Prof. Dato’ Dr. Noriah bt. Mohd Ishak yang disambung dengan
ucapan serta gimik perasmian dari Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Marzuki b. Mustafa.
Selepas itu, terdapat persembahan muzik lagu Qian Wang Zi Wang, Engkau Laksana
Bulan dan Getaran Jiwa dari pasukan mini orchestra yang dikendalikan oleh Encik
Mohd Jais.
Keesokan harinya iaitu 25 Julai,
kesemua 32 pasukan membentangan penyelidikan mereka kepada para juri dan orang
yang melawat tempat mereka. Pada waktu petang, Dr. Haroon Rasheed memberi
taklimat tentang etika dan moral semasa melakukan penelidikan. Beliau amat menekankan
bahawa para penyelidik perlu berlaku jujur sebelum, semasa dan selepas
melakukan sebuah penyelidikan.
Pada 26 Julai pula dari pukul 8.30
hingga 10.00 pagi, Prof. Dato’ Dr. Noriah bt. Mohd Ishak telah memberi ceramah
tentang apa itu penyelidikan. Beliau menerangkan tentang apakah maksud sebenar
penyelidikan. Dari pukul 10.30 hingga 12.30 pula, majlis penutupan iFSC telah
didakan. Majlis dimulakan dengan ucapan penutup dari Prof. Dr. Mohd Kassim,
selepas itu diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada semua pasukan dan
diakhiri dengan persembahan koir yang dikendalikan oleh encik Mohd Jais.
Program ini terbukti sangat berguna kepada
para pelajar dan telah berjaya mencapai objektifnya Saya berharap agar program ini dapat
dilaksanakan lagi pada masa yang akan mendatang.
Afif
Jazz
(Afif Jazimin Bin Abdullah)
Pelajar Tahap 1
Kolej PERMATApintar Negara
Comments
Post a Comment