KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu
dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Pengusha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan
mereka dengan harga tinggi suka hati kepada pemborong ayam.
Jawapan: Pengusaha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam
ternakan mereka dengan harga tinggi sesuka hati kepada pemborong
ayam.
2. Pembenaan jambatan di kampung itu tergendala selama berapa
bulan kerana masalah bekalan simen.
Jawapan: Pembinaan jambatan di kampung itu tergendala
selama beberapa bulan kerana masalah bekalan simen.
3. Junainah hanya terdiam diri apabila disindir oleh rakan
setugasnya kerana dia tidak mahu membesar-besarkan cerita yang dianggap rimih
itu.
Jawapan: Junainah hanya berdiam diri apabila disindir oleh
rakan setugasnya kerana dia tidak mahu membesar-besarkan cerita yang dianggap remeh itu.
4.
Perompak yang sangat merbahaya itu Berjaya diberkas berdasarkan bukti yang
ditemui oleh pihak polis.
Jawapan: Perompak
yang sangat berbahaya itu berjaya diberkas berdasarkan bukti yang
ditemui oleh pihak polis.
5. Semua
pelajar di sekolah itu diwajibkan melibat diri dalam kegiatan ko-kurikulum yang
dijalankan.
Jawapan: Semua
pelajar di sekolah itu diwajibkan melibatkan
diri dalam kegiatan kokurikulum
yang dijalankan.
6. Walau
pun telah lama berada di luar Negara, sikap Daud yang keanak-anak masih tidak
berubah.
Jawapan: Walaupun telah lama berada di luar
Negara, sikap Daud yang keanak-anakan
masih tidak berubah.
7. Satu
lapuran lengkap tentang kejadian kemalangan yang dilibatkan bas ekspres itu
diserahkan kepada Menteri Pengangkutan
Jawapan: Satu
laporan lengkap tentang kejadian
kemalangan yang melibatkan bas
ekspres itu diserahkan kepada Menteri Pengangkutan
8.
Kosmitik yang dibuat daripada bahan yang beracun tidak dibenarkan jualan di
negara ini.
Jawapan: Kosmetik yang dibuat daripada bahan
yang beracun tidak dibenarkan dijual
di negara ini.
9.
Kedudukkan Lim Ah Boon di syarikat ayahnya dicemburu oleh adik-beradiknya.
Jawapan: Kedudukan Lim Ah Boon di syarikat
ayahnya dicemburui oleh
adik-beradiknya.
10. Panel
hakim memutuskan pihak pembangkang menang dalam debatan itu kerana pihak
pencadang gagal mengemukakan definasi tajuk perbahasan dengan tepat.
Jawapan: Panel
hakim memutuskan pihak pembangkang menang dalam perdebatan itu kerana pihak pencadang gagal mengemukakan definisi tajuk perbahasan dengan tepat.
11.
Beranika jenis barang dijual di kedai yang meletak di hujung jalan itu dan
harga yang ditawarkan berpatutan juga
Jawapan: Beraneka jenis barang dijual di kedai
yang terletak di hujung jalan itu
dan harga yang ditawarkan berpatutan juga.
12.
Pelancung asing yang dating ke majlis kebudayaan itu turut terhibur oleh
persembahan tarian asli yang ditontonkan.
Jawapan: Pelancong asing yang datang ke majlis
kebudayaan itu turut terhibur oleh persembahan tarian asli yang dipertontonkan.
13. Calun
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran diingatkan
supaya menyertakan semua salinan sijil yang telah disah oleh pihak sekolah.
Jawapan: Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
yang ingin melanjutkan pelajaran diingatkan supaya menyertakan semua salinan
sijil yang telah disahkan oleh pihak
sekolah.
14.
Kehabisan peterol menyebabkan pelumba kereta dari Ghana itu tidak dapat
menamatkan perlumbaan kerana suntuk masa.
Jawapan: Kehabisan
petrol menyebabkan pelumba kereta
dari Ghana itu tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana kesuntukan masa.
15.
Peninju yang berbadan gempal itu berjaya tumbang pencabarnya pada pusingan yang
kelima.
Jawapan: Petinju yang berbadan gempal itu
berjaya menumbangkan pencabarnya
pada pusingan yang kelima.
16. Oleh
sebab dia menghadap masalaah kewangan, dia terpaksa menolak tawaran yang
diberikan oleh pegawai harta tanah itu.
Jawapan: Oleh
sebab dia menghadapi masalah kewangan, dia terpaksa menolak
tawaran yang diberikan oleh pegawai harta tanah itu.
17. Masih
banyak orang yang mempercayai kaedah perubatan tradesional kerana mereka
menganggap kaedah tersebut mampu menyembuhi pelbagai penyakit kronik.
Jawapan:
Masih ramai orang yang mempercayai
kaedah perubatan tradisional kerana
mereka menganggap kaedah tersebut mampu
menyembuhkan pelbagai penyakit kronik.
18. Runtuh
akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak
dengan gejala gengsterisma.
Jawapan: Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja
mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak dengan gejala gengsterisme.
19.
Lepasan sekolah teknik dan vokaysional akan diberi peluang bagi menceburi diri
dalam bidang perniagaan dan industri kecil.
Jawapan:
Lepasan sekolah teknik dan vokasional
akan diberi peluang bagi menceburkan diri
dalam bidang perniagaan dan industri kecil.
20.
Walaupun tewas tetapi pasukan bola sepak remaja kebangsaan mempamirkan
permainan yang menarik dan penuh semangat sukan.
Jawapan: Walaupun
tewas tetapi pasukan bola sepak remaja kebangsaan mempamerkan permainan yang menarik dan penuh semangat kesukanan.
21.
Kanak-kanak itu bertepok tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena
disambut kemerdekaan tanah air selesai.
Jawapan: Kanak-kanak
itu bertepuk tangan sebaik-baik
sahaja persembahan nyanyian sempena sambutan
kemerdekaan tanah air selesai.
22.
Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik
seminar.
Jawapan: Selepas
upacara perasmian dewan, pegawai
daerah itu dibawa melawat ke bilik
seminar.
23.
Pendidikan pra-sekolah dikenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4
hingga 6 tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada persekitaran sosial.
Jawapan: Pendidikan
prasekolah diperkenalkan kepada
kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6 tahun bagi tujuan mendedahkan
mereka pada persekitaran sosial.
24. Atlit
yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya menangi
pingat dalam acara yang disertai.
Jawapan: Atlet yang mewakili negara dalam Sukan
Asia akan menerima imbuhan sekiranya memenangi
pingat dalam acara yang disertai.
25.
Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa diperangkap dalam kesesakan jalanraya
terutama pada waktu puncak.
Jawapan:
Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa terperangkap
dalam kesesakan jalan raya terutama
pada waktu puncak.
26.
Pilihan raya kecil di kawasan itu bakal mengadakan berikutan kematian ahli
parlimennya pada awal minggu lepas.
Jawapan:
Pilihan raya kecil di kawasan itu bakal diadakan
berikutan kematian ahli parlimennya pada awal minggu lepas.
27. Kami
singgah di Restoren Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masak
tradisional Melayu pada minggu yang lalu.
Jawapan: Kami
singgah di Restoran Dusun untuk
menikmati pelbagai hidangan dan masakan
tradisional Melayu pada minggu yang lalu.
28. Lima
orang lelaki yang disyaki mencolek anak hartawan itu telah tertangkap oleh
pihak polis di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh.
Jawapan: Lima
orang lelaki yang disyaki menculik
anak hartawan itu telah ditangkap
oleh pihak polis di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh.
29.
Kelayakkan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang ingin
melibat diri dalam lapangan perniagaan.
Jawapan: Kelayakan dalam bidang perakaunan
sangat penting kepada seseorang yang ingin melibatkan
diri dalam lapangan perniagaan.
30. Majlis
pelancaran album baharu penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-besar
di sebuah hotel terkemuka di ibu kota
Jawapan: Majlis
pelancaran album baharu penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-besaran di sebuah hotel terkemuka
di ibu kota.
31.
Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana pehak yang melakukan
kebakaran secara terbuka untuk menangani masalah jerebu yang semakin meruncing.
Jawapan: Jabatan
Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang melakukan pembakaran
secara terbuka untuk menangani masalah jerebu yang semakin meruncing.
32.
Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasa undang-undang dari semasa ke
semasa untuk mendisplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan
Jawapan:
Jabatan Pengangkutan Jalan akan
menguatkuasakan undang-undang dari semasa ke semasa untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya
terutama pada musim perayaan
33.
Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga marwah keluarga dengan menghindari
diri daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga.
Jawapan:
Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga maruah keluarga dengan menghindarkan
diri daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga.
34.
Penduduk Kampung Permai sedang bergotong royong untuk memperlebarkan jalan
kerana bilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah.
Jawapan:
Penduduk Kampung Permai sedang bergotong-royong
untuk memperlebar jalan kerana
bilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah.
35.
Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah mengadakan sempena hari keputeraan
baginda yang ke 52 tahun.
Jawapan:
Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah diadakan sempena hari keputeraan baginda yang ke-52 tahun.
36.
Mereka kesali sikap pihak kontrekter yang tidak dapat menyiapkan projek
perumahan tersebut mengikut jadual yang terdapat dalam butir-butir perjanjian.
Jawapan:
Mereka menyesali sikap pihak kontrakter yang tidak dapat menyiapkan
projek perumahan tersebut mengikut jadual yang terdapat dalam butir-butir
perjanjian.
37.
Untuk mempastikan komputer sentiasa selamat samada daripada serangan virus atau
daripada penceroboh sistem komputer, beberapa panduan telah disediakan oleh
pembekal.
Jawapan:
Untuk memastikan komputer sentiasa
selamat sama ada daripada serangan
virus atau daripada penceroboh sistem komputer, beberapa panduan telah
disediakan oleh pembekal.
38.
“Saya mempunyai kaki tangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan
termasuk khidmatan menggunting rambut,” katanya dengan ramah.
Jawapan:
“Saya mempunyai kakitangan yang
berpengalaman luas dalam bidang kecantikan termasuk perkhidmatan menggunting rambut,” katanya dengan ramah.
39.
Dalam perhimpunan raksaksa itu, Perdana Menteri telah menasihatkan rakyat
supaya sentiasa bersatu padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin
sekian lama.
Jawapan:
Dalam perhimpunan raksasa itu,
Perdana Menteri telah menasihati rakyat
supaya sentiasa bersatu padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin
sekian lama.
40.
Untuk membenteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa, pihak kerajaan
mestilah memperbesarkan pasukan anggota polis dengan menambahkan bilangan
anggotanya.
Jawapan:
Untuk membanteras kejadian jenayah
yang semakin berleluasa, pihak kerajaan mestilah memperbesar pasukan anggota polis dengan menambahkan bilangan
anggotanya.
41.
Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke 51 itu, pelbagai acara telah
dirancangkan termasuk acara boria yang akan disembahkan oleh peserta dari
negeri Pulau Pinang
Jawapan:
Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke-51 itu, pelbagai acara telah dirancangkan termasuk acara boria
yang akan dipersembahkan oleh
peserta dari negeri Pulau Pinang
42.
Semua ejensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalani kajian bagi mencari
punca sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari
yang lalu.
Jawapan:
Semua egensi kerajaan diarahkan
bergabung untuk menjalankan kajian
bagi mencari punca sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak
beberapa hari yang lalu.
43.
Kerajaan menggubalkan sesuatu dasar pertanian berasaskan keperluan negara
dengan mengambil kira masa depan sektor pertanian supaya sektor berkenaan dapat
diurus dengan lebih efisyen.
Jawapan:
Kerajaan menggubal sesuatu dasar
pertanian berasaskan keperluan negara dengan mengambil kira masa depan sektor
pertanian supaya sektor berkenaan dapat diurus dengan lebih efisien.
44.
Sistem perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesyen bas ekspres telah
dikenali bagi memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan pengangkutan
di negara kita.
Jawapan:
Sistem perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesen bas ekspres telah diperkenalkan
bagi memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan pengangkutan di negara
kita.
45.
Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk menghadiahkan ibu
kita dengan hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa mereka membesar kita
sehingga dewasa.
Jawapan:
Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakan
untuk menghadiahkan ibu kita dengan hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa
mereka membesarkan kita sehingga
dewasa.
46.
Kementerian Pelajaran mendapati bahawa perlaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam
matapelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki
kelemahan yang timbul.
Jawapan:
Kementerian Pelajaran mendapati bahawa pelaksanaan
dasar bahasa Inggeris dalam mata pelajaran
sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan yang
timbul.
47.
Berita tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemui pusara lama berusia
3000 tahun di pinggir sungai itu telah merebak ke seloroh negara.
Jawapan:
Berita tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemukan pusara lama berusia 3000 tahun di pinggir sungai itu
telah merebak ke seluruh negara.
Comments
Post a Comment