120 SOALAN LATIHAN POLA AYAT
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN +
FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA) atau Frasa Nama + Frasa
Sendi Nama (FN + FS).
1. Aishah anak
sulung guru Matematik sekolah kami.
Pola ayat: (FN+FN)
2. Saya yakin
bahawa rakan-rakan sekelas saya sangat rajin.
Pola ayat: (FN+FA)
3. Rombongan yang akan
menyertai ekspedisi berkayak telah bertolak.
Pola ayat: (FN+FK)
4. Yang
belum ke sekolah lagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun.
Pola ayat: (FN+FN)
5. Seorang
pelajar akan ke Kuala Lumpur bersama-sama rombongan itu.
Pola ayat: (FN+FS)
6. Semua lapan orang
anggota pasukan lari berganti-ganti sekolah kita cerdas.
Pola ayat: (FN+FA)
7. Beberapa ekor burung
merpati sedang makan padi di jemuran Mak Teh.
Pola ayat: (FN+FK)
8. Buku cerita ini
tentang pengembaraan seorang pemuda dari kampungnya.
Pola ayat: (FN+FS)
9. Pelajar baharu
kelas itu bernama Ariana Zafirah.
Pola ayat: (FN+FK)
10. Beliau
seorang guru yang amat dedikasi dalam tugasnya.
Pola ayat: (FN+FN)
11. Pelajar itu
daripada Kelab Harimau Muda.
POLA AYAT: (FN+FS)
12. Dari
negara Jepun kebanyakan pengunjung ke pameran itu.
Pola ayat: (FN+FS)
13. Semua
pemain sepak takraw pasukan itu dari Kampung Bahagia.
Pola ayat: (FN+FS)
14. Pelumba basikal
yang sedang kami tunggu itu amat gigih.
Pola ayat: (FN+FA)
15. Guru yang
sedang berkursus di Kuala Lumpur ialah Cikgu Zakaria.
Pola ayat: (FN+FN)
16. Amat
terkenal pelumba basikal yang memenangi perlumbaan kali ini.
Pola ayat: (FN+FA)
17. Penuntut
yang terlibat dalam kemalangan itu seorang pelajar Cina.
Pola ayat: (FN+FN)
18. Bangsa
Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat.
Pola ayat: (FN+FK)
19. Askar
Melayu yang membuat tasik di negeri Ceylon dahulu sungguh rajin.
Pola ayat: (FN+FA)
20. Kapal
Phinisi itu daripada hasil tangan kaum Banjar di Bulukumba.
Pola ayat: (FN+FS)
21. Gelang
emas yang dihadiahkan kepada isterinya itu cantik sungguh.
Pola ayat: (FN+FA)
22. Buah
durian di belakang rumah Pak Lazim sudah gugur.
Pola ayat: (FN+FK)
23. Semua
perkakas di dalam bilik darjah sekolah kami daripada kayu jati.
Pola ayat: (FN+FS)
24. Penyanyi
muda yang berkasut kulit buatan Itali itu adik Mat Rashid.
Pola ayat: (FN+FN)
25. Bangunan
kelab sukan di penjuru jalan itu sudah usang benar.
Pola ayat: (FN+FA)
26. Dua sisir
sikat rambut di almari telah dibeli oleh kakak Gopal.
Pola ayat: (FN+FK)
27. Basikal
pam angin yang sedang ditunggangi oleh adik ialah jenis Raleigh.
Pola ayat: (FN+FN)
28. Pengawal
peribadi menteri yang baru bersara itu dari kampung saya.
Pola ayat: (FN+FS)
29. Kayu
pembaris kepunyaan abang Foo Ying dipinjamkan kepada cikgu.
Pola ayat: (FN+FK)
30. Kereta
lama yang tidak boleh bergerak lagi kerana kehabisan minyak pelincir itu
kepunyaan abang David.
Pola ayat: (FN+FN)
31. Ayah
Hafiz ke kedai membeli getah pemadam untuk anaknya.
Pola ayat : (FN+FS)
32. Umur batu
penanda di jalan raya itu cukup tua.
Pola ayat: (FN+FA)
33. Lebah
betina yang menyengat budak kecil itu akhirnya telah mati dipukul.
Pola ayat: (FN+FK)
34. Mereka ke
kampung itu untuk melihat kambing jantan Pak Manaf yang berkaki lima.
Pola ayat: (FN+FS)
35. Gerabak
kereta api untuk penumpang perempuan sahaja itu sungguh cantik.
Pola ayat: (FN+FA)
36. Penduduk
rumah pangsa yang berhijrah ke bandar untuk mencari kerja kaum lelaki belaka.
Pola ayat: (FN+FN)
37. Bantuan
ini untuk orang kampung yang menjadi mangsa banjir.
Pola ayat: (FN+FS)
38. Ketua
negara itu sentiasa mengingatkan penghuni kota supaya berdikari.
Pola ayat: (FN+FK)
39. Bilangan
anak bandar yang tidak mengetahui nama pokok itu sedikit sekali.
Pola ayat: (FN+FA)
40. Yang
bergotong-royong membersihkan kawasan pinggiran itu orang Kampung Sentosa.
Pola ayat: (FN+FN)
41. Keluarga
yang baru sampai petang tadi dari Pantai Timur.
Pola ayat: (FN+FS)
42. Api itu
sukar dipadamkan kerana angin barat daya sedang melanda ketika itu.
Pola ayat: (FN+FK)
43. Penduduk
kampung itu mulai risau kerana air sungai simpang kiri terus menurun.
Pola ayat: (FN+FA)
44. Jalan
belakang rumah kampung yang gelap sentiasa itu ialah jalan mati.
Pola ayat: (FN+FN)
45. Jam
tangan yang baru dibelinya untuk isterinya.
Pola ayat: (FN+FS)
46. Wanita
India zaman dahulu menggemari gelang kaki.
Pola ayat: (FN+FK)
47. Pemuda
yang meragut rantai leher wanita tersebut amat ganas.
Pola ayat: (FN+FA)
48. Lelaki
yang tidak lagi kelihatan batang hidungnya itu ialah adik Othman.
Pola ayat: (FN+FN)
49. Sejak
menggunakan motor diesel, penggunaan minyak kereta Azman amat kurang.
Pola ayat: (FN+FA)
50. Keluarga
yang tinggal di pangsapuri itu masih menggunakan dapur gas apabila memasak.
Pola ayat: (FN+FK)
51. Mereka
yang suka belayar di lautan dengan hanya menggunakan perahu layar ialah
pedagang dari seberang.
Pola ayat: (FN+FN)
52. Enjin
kereta api Senandung Malam antara yang dibaik pulih.
Pola ayat: (FN+FS)
53. Waktu
hari keramaian, ramai orang kampung akan ke bandar.
Pola ayat: (FN+FK)
54. Menara
gading yang diisi borang permohonannya oleh mereka ialah Universiti Malaya.
Pola ayat: (FN+FN)
55. Majlis
perkahwinan anak gadis penghulu yang sedang diadakan itu amatlah meriah.
Pola ayat: (FN+FA)
56. Kedua-dua
buah negara itu sedang menandatangani surat perjanjian kerjasama ekonomi dan
keselamatan serantau.
Pola ayat: (FN+FK)
57. Pakaian
ibu yang baharu itu daripada butik ternama bandar ini.
Pola ayat: (FN+FS)
58. “Jagalah
baik-baik buku kamu itu,” kata ibu Asmah kepada anak bongsunya.
Pola ayat : (FN+FK)
59. Dalam
sejarah Islam memang amat terkenal tentang harta Raja Sulaiman.
Pola ayat: (FN+FA)
60. Kedua-dua
orang adik-beradik yang tidak pulang kerana akan menghadiri mesyuarat kelab
sekolah pada petang tersebut ialah Hassan dan Hussein.
Pola ayat: (FN+FN)
61. Bandar
Sri Aman bukan ibu kota negeri Sarawak.
Pola ayat: (FN+FN)
62. Taman
haiwan di bandar itu bersih seperti Taman Baiduri.
Pola ayat: (FN+FA)
63. Gunung
Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara itu di Sabah.
Pola ayat: (FN+FS)
64. Pegawai
hutan itu tidak membenarkan sesiapa pun memancing di sepanjang Sungai Pahang.
Pola ayat: (FN+FK)
65. Usahawan
yang baru tiba, iaitu Tengku Ariff, dari negara Pahang.
Pola ayat: (FN+FS)
66. Syed
Othman sentiasa termenung kerana memikirkan masa depan anak-anaknya.
Pola ayat: (FN+FK)
67. Hasmadi
yang akan menunaikan ibadah umrah pada tahun ini anak angakat Dr. Haji Maulud.
Pola ayat: (FN+FN)
68. Mereka
cukup gembira apabila Profesor Tan Sri Balong dilantik sebagai Naib Canselor
universiti tersebut.
Pola ayat: (FN+FA)
69. Gemuk
sungguh keempat-empat ekor lembu belaan Selvam.
Pola ayat: (FN+FA)
70. Tiga buah
rumah ranap akibat banjir yang melanda minggu lalu.
Pola ayat: (FN+FK)
71. Kesemua
pegawai kanan di pejabat tersebut ialah orang tempatan.
Pola ayat: (FN+FN)
72. Ibu tua
yang mewakafkan dua bidang tanah daripada keluarga hartawan.
Pola ayat: (FN+FS)
73. Kereta
Proton berwarna biru muda ini buatan Malaysia.
Pola ayat: (FN+FN)
74. Daripada
kain sutera warna kehijauan pakaian permaisuri ini.
Pola ayat: (FN+FS)
75. Menara
Kuala Lumpur yang berdiri megah ini menjadi kebanggaan negara.
Pola ayat: (FN+FK)
76. Kejadian
rusuhan yang berlaku di negara tersebut amat membimbangkan.
Pola ayat: (FN+FA)
77. Wad
bersalin di tingkat bawah Blok B.
Pola ayat: (FN+FS)
78. Setiap
pagi Puspa mengemas bilik tidurnya.
Pola ayat: (FN+FK)
79. Tuala
mandi merah itu kepunyaan perenang negara.
Pola ayat: (FN+FN)
80. Anak-anak
Encik Mahbub gembira sekali apabila berada di kedai gunting Samy.
Pola ayat: (FN+FA)
81. Aliran
air sungai tohor sangat deras setelah hujan lebat.
Pola ayat: (FN+FA)
82. Lembaga
yang kelihatan samar itu orang muda yang kami kenal.
Pola ayat: (FN+FN)
83. Kenderaan
mula bergerak apabila lampu berwarna hijau menyala.
Pola ayat: (FN+FK)
84. Pasukan
pengakap ke rumah usang itu untuk berteduh daripada hujan.
Pola ayat: (FN+FS)
85. Taktik
perlawanan hoki cara demikian strategi pasukan sekolah kami.
Pola ayat: (FN+FN)
86. Pelajar
sentiasa memberikan jawapan serentak apabila ditanya oleh guru mereka.
Pola ayat: (FN+FK)
87. Ketibaannya
tadi secara mendadak sungguh memeranjatkan anggota kumpulan kami.
Pola ayat: (FN+FA)
88. Peserta
yang tiba-tiba pengsan dalam pertandingan semalam sekarang di hospital.
Pola ayat: (FN+FS)
89. Sekayu
kain daripada benang sutera itu di rak yang paling atas.
Pola ayat: (FN+FS)
90. Kiriman
untuk tentera pada hari raya tahun ini ialah kuih-muih tradisional.
Pola ayat: (FN+FN)
91. Akibat
angin kencang, pondok di lembah yang berdekatan rumah telah roboh.
Pola ayat: (FN+FK)
92. Kejayaan
kehidupan pada masa ini amat canggih disebabkan kemajuan teknologi.
POLA AYAT: (FN+FA)
93. Pengunjung
keseribu yang mendapat hadiah pada malam itu jiran Vatilingam.
POLA AYAT: (FN+FN)
94. Cabaran
kehidupan kurun kedua puluh amat sengit bagi orang yang tidak berilmu.
POLA AYAT: (FN+FA)
95. Pelumba
lari pecut dari negara kami mendapat tempat pertama dalam perlumbaan tersebut.
POLA AYAT: (FN+FK)
96. Pemuda
yang terjun dengan tergesa-gesa untuk mengelakkan polis itu dari blok ketujuh
rumah pangsa.
POLA AYAT: (FN+FS)
97. Pinggan
mangkuk yang disusun rapi oleh kakak sentiasa bersih.
POLA AYAT: (FN+FA)
98. Beliau ke
Indonesia dengan hanya sedikit wang ringgit di sakunya.
POLA AYAT: (FN+FS)
99. Sahabat
taulan pada majlis hari lahirnya datang dari jauh dan dekat.
POLA AYAT: (FN+FK)
100. Ribut
taufan yang telah melanda bahagian tenggara Amerika Syarikat ialah
Katrina.
POLA AYAT: (FN+FN)
101. Ibu
bapa Sumirah bagai rusa masuk kampung di bandar itu.
POLA AYAT: (FN+FS)
102. Pada hari
raya, semua orang miskin kaya bermaaf-maafan.
POLA AYAT: (FN+FK)
103. Teruna
dara yang berkunjung ke kafe siber itu riang sahaja.
POLA AYAT: (FN+FA)
104. Mereka yang
berada di dewan mesyuarat itu datuk nenek belaka.
POLA AYAT: (FN+FN)
105. Cikgu Lim
ialah guru Sains di kelas kami.
POLA AYAT: (FN+FN)
106. Cahaya dari
rumah itu hanya melalui lampu minyak.
POLA AYAT: (FN+FS)
107. Bulu burung
gagak yang hinggap di pekan itu hitam sungguh
POLA AYAT: (FN+FA)
108. Perniagaan
cara ali baba tidak patut diamalkan di negara ini.
POLA AYAT: (FN+FK)
109. Pembantu
penyelidik baharu itu berasal dari Kedah.
POLA AYAT: (FN+FK)
110. Selama ini
pemantauan pegawai kanan itu dari ibu pejabat sahaja.
POLA AYAT: (FN+FS)
111. Timbalan
pengerusi yang baru memulakan tugas bulan ini amat pendiam.
POLA AYAT: (FN+FA)
112. Bangunan yang
tersergam di Putrajaya itu pejabat Perdana Menteri.
POLA AYAT: (FN+FN)
113. Tiga ekor
burung helang sedang terbang berlegar-legar di angkasa.
POLA AYAT: (FN+FK)
114. Semua peserta
seminar yang sedang khusyuk mendengar pembentangan kertas kerja tersebut dari
Kementerian Pendidikan.
POLA AYAT: (FN+FS)
115. Ibu yang
akhirnya membeli juga kedua-dua helai kain itu ialah Mak Siti.
POLA AYAT: (FN+FN)
116. Apabila segala
peralatan telah tersedia, kami cukup gembira untuk memulakan pendakian.
POLA AYAT: (FN+FA)
117. Guru yang
sedang mengajar di kelas itu ialah Encik Jonathan.
POLA AYAT: (FN+FN)
118. Tuan Guru
Suradi memang cukup petah apabila berceramah.
POLA AYAT: (FN+FA)
119. Harimau yang
garang itu mudah diperdaya oleh Sang Kancil yang bijaksana.
POLA AYAT: (FN+FK)
120. Yang
Berbahagia Tan Sri Temenggung Jugah anak Bariang ke Kuala Lumpur untuk
menghadiri sidang parlimen.
POLA AYAT: (FN+FS)
Comments
Post a Comment