Posts

MRSM Trial 18 soalan 3

A)Tulis ayat (i)swafoto = Ibu memarahi kakak kerana terlalu leka mengambil swafoto dan tidak menghiraukan arahan ibu. (ii)tetikus = Saya membeli tetikus itu di kedai Tundermatch. (iii)tular =Video buli itu telah tular di media sosial (iv)cakera padat = Terdapat banyak filem-filem menarik di dalam cakera padat itu. (v)dalam talian = Amir telah membeli baju itu dari seorang penjual dalam talian menerusi aplikasi Shopee (vi)muat turun = Syahir memberitahu Johan bahawa muat turun yang dibuat telah selesai B)Cakap Ajuk Cakap Pindah Ayuni menasihati Sarah agar tidak makan makanan yang banyak lemak kerana dibimbangi akan mendapat sakit. Muazzam berjanji untuk tidak berbuat jahat lagi dan akan mematuhi semua peraturan sekolah. Alia menjerit ketakutan kerana terdapat lipas di atas mejanya. C)Kesalahan ejaan dan imbuhan Kesalahan ejaan = rekabentuk - reka bentuk,                              ...

Latihan Tatabahasa

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas (I) pulang = setiap petang, itik pak mail akan pulang ke rebannya. (ii) pulangan = ramai pelabur yang berputih mata kerana tidak mendapat pulangan pelaburan yang diinginkan. (iii) memulangkan = esok saya akan memulangkan baju kamu yang saya pinjam minggu lepas. (iv) mansuh = bermula tanggal 1 jun 2018, gst secara rasminya telah mansuh. (v) pemansuhan = pemansuhan gst di malaysia telah menggembirakan hati rakyat. (vi) memansuhkan = presiden baru kelab itu telah memansuhkan peraturan tidak adil presiden sebelum ini. (b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. 1.        Kumar menegur Daniel dan bertanya tentang tempat yang ingin ditujuinya. ...

Rangka Karangan Trial SBP18

Pendahuluan  - melentur buluh biar dari rebungnya - tingkah laku semakin membimbangkan - faktor2 yg menyebabkan perkara ini - isi 1 kesedaran diri - peranan penting - setiap org kna kawal bnda ni - hanya diri sendiri bleh ubah prangai - emosi biar terkawal - isi 2 persekitaran - rumah - sekolah - hubungan - jgn biar org lain ubah kita - ttpkan haluan hidup sendiri - jgn biar org lain halang kita - kita patut menyumbang kpd persekitaran - isi 3 rakan sebaya - cari rakan yang baik2 - jgn terpengaruh dgn rakan2 yang nakal - ajak rakan ke arah kebaikan - isi 4 pendidikan - isi 5 didikan agama - tidak mengambil berat pasal agama - tidak didedahkan dgn ajaran yg btul - isi 6 ibu bapa - penceraian kosa kata yg sesuai... DASAWARSA AMSAL/TAMSIL WASILAH PRAKARSA SEANTERO OBLIGASI MAPAN SEYOGIA SEMENTELAHAN MAUDUK PADAU TEGAR KONGKALIKUNG MENYISIR MAHMUDAH GEMULAH CERITERA INTI PATI BERIJTIHAD SIGNIFIKAN TERAMPIL TRAGEDI FRAN...

Kosa Kata Gramatis

Kosa Kata Gramatis 1 1.   anani :    hanya mementingkan diri sendiri v   Jika kita bersekolah di sekolah berasrama, sikap anani perlulah dijauhi untuk kebahagiaan bersama. 2.   bintat :  bengkak kecil pada kulit (biasanya akibat gigitan serangga) v   Kakinya bintat kerana digigit pacat ketika bermain di semak. 3.   Cengil :   keras dan pedas (berkenaan percakapan), garang v   Guru besar di sekolah saya merupakan seorang yang cengil. 4.   Dampit :   degil, keras kepala v   Kita tidak akan mendapat restu ibu bapa jika kita menjadi seorang yang dampit. 5.   Ekstradisi :   penyerahan seseorang penjenayah kepada negara tempat jenayah dilakukan untuk dibicarakan. v   Hampir semua negara bersetuju dengan penguatkuasaan ekstradisi di negara mereka. 6.   gasar :    ganas dan kasar v   Amir dianggap samseng kerana sikapnya yang gasar. Kosa Kata Gramatis 2 ...

Kosa Kata yang Boleh Digunakan Dalam Karangan

1      POLEMIK Contoh ayat : Sejak kebelakangan ini, kes buli telah menjadi polemik di sekolah-sekolah asrama. 2      MARHAEN Contoh ayat : Penindasan terhadap golongan marhaen yang dilakukan oleh golongan bangsawan pada zaman dahulu perlu dihapuskan agar ianya tidak berulang lagi. 3      KULAWARGA       Contoh ayat : Kulawarga yang bertoleransi antara satu sama           lain akan hidup bahagia 4      DASAWARSA Contoh ayat : Dasawarsa ini, kes pembunuhsn telah meningkat terutamanya di kawasan lorong-lorong gelap. 5      IKHTISAR Contoh ayat : Pelajar yang mampu memberi ikhtisar yang mantap semasa belajar di dalam kelas merupakan seorang pelajar yang hebat. 6      AMSAL/TAMSIL Contoh ayat : Dalam banyak peristiwa yang berlaku di sekolah ini, terdapat peristiwa-peristiwa yang tidak boleh dilupak...

Laporan Program International Future Scientist Conference (iFSC) 2018

Laporan Program International Future Scientist Conference (iFSC) 2018                Pada 24 Julai hingga 26 Julai 2018, Pusat PERMATApintar Negara telah menganjurkan International Future Scientist Conference (iFSC). Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar dari Kolej PERMATApintar Negara terutamanya pelajar Tahap 2, pelajar dari luar negara iaitu dari Shibata High School dan beberapa lagi pelajar dari sekolah luar seperti Sekolah Berasrama Penuh serta Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).                 Objektif program ini ialah untuk memupuk sifat ingin tahu dan memberi pengalaman membuat penyelidikan untuk para pelajar dalam bidang yang mereka minati. Program ini juga ialah sebuah platform untuk menonjolkan bakat para pelajar dalam bidang yang mereka gemari supaya mereka boleh menambah pengetahuan mereka dalam bidang tersebut.     ...