JAWAPAN LATIHAN CAKAP AJUK & CAKAP PINDAH
Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. “ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh. “ Rancangan apa? “ jawab Ani. “ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh. “ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani. “ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “ Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu Jawapan: Salleh bertanya kepada Ani mengenai rancangannya. Ani bertanya semula kepada Salleh mengenai rancangan yang dimaksudkan Salleh. Salleh menjelaskan bahawa rancangan yang dimaksudkan ialah rancangan untuk mendaki gunung yang Ani beritahu pada Salleh tempoh hari. Ani menjelaskan bahawa rancangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat pada Sabtu depan. Salleh memuji Ani dan menyokong rancangan itu. Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu. Latihan 2: “Ani tak a...