Kosa Kata Gramatis
Kosa Kata Gramatis 1 1. anani : hanya mementingkan diri sendiri v Jika kita bersekolah di sekolah berasrama, sikap anani perlulah dijauhi untuk kebahagiaan bersama. 2. bintat : bengkak kecil pada kulit (biasanya akibat gigitan serangga) v Kakinya bintat kerana digigit pacat ketika bermain di semak. 3. Cengil : keras dan pedas (berkenaan percakapan), garang v Guru besar di sekolah saya merupakan seorang yang cengil. 4. Dampit : degil, keras kepala v Kita tidak akan mendapat restu ibu bapa jika kita menjadi seorang yang dampit. 5. Ekstradisi : penyerahan seseorang penjenayah kepada negara tempat jenayah dilakukan untuk dibicarakan. v Hampir semua negara bersetuju dengan penguatkuasaan ekstradisi di negara mereka. 6. gasar : ganas dan kasar v Amir dianggap samseng kerana sikapnya yang gasar. Kosa Kata Gramatis 2 ...