Laporan Program International Future Scientist Conference (iFSC) 2018
Laporan Program International Future Scientist Conference (iFSC) 2018 Pada 24 Julai hingga 26 Julai 2018, Pusat PERMATApintar Negara telah menganjurkan International Future Scientist Conference (iFSC). Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar dari Kolej PERMATApintar Negara terutamanya pelajar Tahap 2, pelajar dari luar negara iaitu dari Shibata High School dan beberapa lagi pelajar dari sekolah luar seperti Sekolah Berasrama Penuh serta Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Objektif program ini ialah untuk memupuk sifat ingin tahu dan memberi pengalaman membuat penyelidikan untuk para pelajar dalam bidang yang mereka minati. Program ini juga ialah sebuah platform untuk menonjolkan bakat para pelajar dalam bidang yang mereka gemari supaya mereka boleh menambah pengetahuan mereka dalam bidang tersebut. ...